RAMADHAN SESI JULAI 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

selamat berpuasa buat pengunjung blog yang beragama Islam... Alhamdulillah, pada semester ini, Ramadhan di Pusat Islam amat indah jika dibandingkan dengan semester-semester yang sebelumnya. Pada waktu solat Isyak dan juga Terawih, warga Kamsis PTSB berpusu-pusu ke Pusat Islam untuk sama-sama berjemaah. Tidak kurang hebatnya dengan jumlah pensyarah yang berjemaah bersama.

Aktiviti berbuka puasa beramai-ramai juga dijalankan setiap hari di Pusat Islam... sambutannya juga agak menggalakkan. Kehadiran tidak mengira status, pangkat dan juga umur.. semuanya berganding bahu bersama bagi menyiapkan juadah berbuka puasa.


WAH!!!! NASI BERIYANI TU.....


AKTIVITI KEMAS STOR


PAKAR BUAT AIR


APALAH YANG DISIBUKKAN TU??!


MASAK!!! JGN TAK MASAK!!!

Kemeriahan semakin terasa apabila kehadiran kanak-kanak iaitu anak-anak pensyarah dan warden datang meriuhkan lagi Pusat Islam.. Di PTSB, solat terawih hanya dilakukan sebanyak 8 rakaat dan 3 witir. selepas selesai 4 rakaat pertama Solat Terawih, tazkirah akan disampaikan oleh penceramah jemputan yang berbeza pada setiap hari.

selepas solat terawih selesai, semua yang terlibat semasa berbuka puasa di Pusat Islam pada setiap hari akan sama-sama mengemas Pusat Islam dalam keadaan ceria...

Ramadhan bukan sahaja menambahkan ibadat... malah mengeratkan lagi silaturahim...

0 comments:

Post a Comment